Thursday, December 25, 2008

Aku,kau dan kamu...satu


AKU disini,
Melihat mereka berkelahi,
Rasa sepi,sunyi,sendiri menghantui,
Mengapa begini,
Adakah sememangnya hidupku sentiasa begini tanpa ku sedari,
Kulihat sana..kulihat sini..tidak tahu kemana hendak pergi.


KAMU disana,
Apa kamu buat disitu,
Kenapa kamu bersikap begitu,
Cari kekuatan dalam diri kamu,
Kamu pasti aku sememangnya tidak harus bersikap begitu,
Kamu ingat tak dahulu,
Ingat tak pada atukmu,
Semasa kamu berjanji dengannya untuk menahan sedu,
Kamu seharusnya pegang janjimu itu.


Hei KAU,
Kenapa kau tidak masuk berkelahi,
Kau seperti kurang keyakinan diri,
Kenapa kau ni,
Rasa diri kau hanya layak menyayangi,
Rasa diri kau hanya layak disayangi,
Atau hanya layak dibenci,dikeji atau diketepi,
Kau fikir sendiri.


AKU berlalu,
Terkenang kata-kata KAMU,
Terngiang cemuhan daripada KAU,
Aku,kamu dan kau oerlu bersatu,
Kerana kita hanyalah satu,
Sepatutnya begitu.


Tetapi,
Tempatku memang hanya disitu,
Kau akan kalah jika aku dan kamu bersatu,
Tetapi aku tahu kau tak akan menyerah begitu,
Aku kau pernah bertemu,
Kau akan mencari celah-celah diri aku,
Untuk sekali lagi mengawal aku,
Menjadi aku yang dulu..


Kerna itu,
AKU duduk disitu,
Tak mahu diganggu,
Oleh KAMU dan juga KAU,
Menunggu...
Buntu...


p/s:Cetusan diri.


`°¤ø,¸¸,ø¤°´`°¤ø,¸¸,ø¤°´`°¤ø,¸¸,ø¤°´

No comments:

shatilah sayang nazri