Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya.
Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak
berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga
sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan
kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari
ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita
tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil.
Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut
selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula.
Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk
menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor.
"Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau
udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa
pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu.
"Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan
usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.
`°¤ø,¸¸,ø¤°´`°¤ø,¸¸,ø¤°´`°¤ø,¸¸,ø¤°´
No comments:
Post a Comment